.


Friday, February 3, 2017

Hiking Gunung Baling & Pulai - Gunung Baling

Assalamualaikum.

Ok sambung part 2 pulak.

Ahad 11/12/2016

Kitorg bangun kul 3.30 pagi dan bersiap. Plus minus termenung jap pastu tido balik semua tu dlm 4.30 kitorg pon check out la dari hotel yg meng****kan tu. Pagi2 aku dah start sakit tekak. Ni mesti aircond kuat sgt. Nak kurangkan xreti (remote pon xde -.-) so bertabahla tido mcm udang.

Lepastu kitorg singgah 7e beli keperluan nak bawak naik gunung baling. Keperluan la sgt air n makanan je la ponn. Then kitorg gerak g penang sbb nak amek mamu di rumahnya. Harapan la nak tgk sunrise kat puncak baling. Nak dekat pkul5 still kat penang. Dah tu ade hati lg nak breakfast dulu. Hahaha. Ape2 jela weyhh. Kitorg ikut jee.


Breakfast duluan

Dlm 7 lebih rasenye sampai baling. Terus pegi tempat nak start hike n terus start. Mase tu mmg dah lepas sunrise dah. Mmg harapan tinggal harapan la. Haha. Tapi xpe kita teruskan aja perjalanan.


Masa nk mula hiking. Muka hepi je. Ko tgk la nanti hepi lg ke tak. Haha


Ni mase 10 minit pertama. Mane aku nii? Tuuuu yg belakang sekali. Hahaha
Baru start hiking dah termengah dah aku tsskk. Alangkah bestnye kalau ade stick masa ni :P


Masa kitorang hiking ni dah mendung dah. Jap lagi hujan la ni.


Ha tengok! Kasut masing2 dah start kotor dah. Tapi kenapa seluar aku sampai camtu ha. Hahaha



Sempat lagi posing masing2. Haha

Aku x ingat bila tapi sampai je kat satu batu besar ni hujan start makin lebat. So kitorang pon stop jap utk berehat sambil makan pisang. Lama jugak duk situ sebab hujan xbhenti2. Lagipon kat batu tu macam tengah traffic jam sebab kena lalu bawah batu tu utk naik atas. Bila hujan macam x menunjukkan tanda utk berhenti kitorg sambung jela hiking. Kat batu tu sorang2 lalu sbb laluan die mcm sempit muat utk sorang je utk satu masa. Masa ni xde gambar sbb hujan sila selamatkan gajet masing2. N orang tgh sibuk cari jalan nak naik xde masa nak posing2 ni. Haha

Setelah melalui pelbagai liku2 onak dan duri maka kami pon sampai la puncak gunung baling. Masa yg diambil ialah 4 jam. Ikut pace aku. Haha. Kesian kat diorang sbb kena ikut pace aku. Kalo tak ni 2 jam dah sampai puncak kot. Tapi xkan nak tinggalkan aku pulak kan. Bersatu kita teguh bercerai kita roboh! Hahaha


Baru sampai puncak niii. Hongehh den sampai bukak spek ha :D


Penat Hazmil? :P


Sesi melepaskan penat masing2 sebelum bergambar.


Kalo ikutkan dari sini boleh nampak gunung pulai tapi nan hadooo sbb hujan n berkabus atas ni.


Ok dah boleh bergambar dah.


Lebar senyum masing2 haha


Selfie sikit :P


Kami 2 org ja geng pompuan :D

 Sebagai mengenang jasa korang aku tepek gambar sorang satu kat sini. baik tak aku? ;D


Hazwan


Ziera


Fikri (Mamu)


Khuzer


Hazmil


Aku n Ziera. Kesian aku xde gambar sorang. Aku baru perasan T_T


Ape tah yg dibincangkan masa ni


KAMI


Aku xtau la nape aku xde gambar shahrul sorang. Sori shahrul. Haha

Ehhh cerita xhabis lagi tauu. Masa turun la paling banyak drama swasta. Mula2 kitorg ingat turun ok jela tapi rupanya hujan tadi telah menyebabkan track nak turun hilang bersama2 dgn harapanku T_T

Sekali lagi jammed kat tempat yg track hilang tu. Masa tu rasenye dah lebih separuh jalan dah. Kira lepastu dah dekat dgn kaki gunung. Tapi sebab xde jalan so kitorg kena tunggu turn sorang2 utk lalu. Dan mase tu la ade satu mamat ni die macam nak tergelincir jatuh kat gaung. Nasib baik sempat berpaut kat akar pokok. Mase tu semua dah jerit2 suruh die capai akar pokok. Memang mase tu jalan sangat licin even kasut hiking pon xleh nak grip tanah ni sbb dah berlumpur. Mase tu dah macam2 aku fikir dlm kepala ni.  Aku ni siap dah berangan akan ade heli datang selamatkan kitorg yg terkandas ni. Hahaha. Ngeng btol bile ingat balik.

Pastu ade sorang mamat ni die lead kitorg semua supaya turun sorang2 pakai tali n ikut track yg die dah buat. Shahrul pon tolong sekali. Depan kitorg ade geng uitm ke poli tah. Geng couple 3 pasang. yg pompuan pakai sneakers je hiking. Dah la hujan mmg xgrip langsung kasut die. Nasib ko la labu. Pakwe ko ade pepandai ko la. 

Alhamdulillah kitorg lepas halangan tu. Memang masa banyak habis kat situ je. Lepastu ingat tak track mase awal2 yg jalan tanah merah tu? Kitorg kena lalu track tu tapi versi licin gila. Semua mmg berpaut kat pemegang je sepanjang turun tu. Kasut masing2 mmg dah xgrip langsung. Sampai xlarat dah nak berpaut. Last2 mase lg sikit nak sampai bawah dah kitorg slide je sbb pemegang kat tepi dah xde. Pakai tali pulak. Slide sambil pegang tali. 

Yeayyyy dah sampai kaki gunung baling dgn selamat. Alhamdulillah. Sampai2 bawah terus cari air sejuk. Nasib tepi jalan ade makcik jual air manis n sejuk. Minum2 pastu terus menuju ke homestay utk check in. Lambat jugak kitorg check in dah petang dah mase tu. Masuk2 bilik mandi tukar baju n terus keluar balik cari makan pulak. Lapaqqq dari pagi xmakan. Makan roti n pisang separuh je tauu. 

Habis makan aku n ziera pg pekan baling jap cari barang sikit. X ingat la the store ke billion yg kitorg pegi. Singgah farmasi beli yoko2 n fishermans friend. Pastu balik homestay bergolek atas katil sambil borak2. Nak tido xleh. Karang terlajak sbb malam tu nak g kolam air panas ulu legong. Berjaya jugak la xtido. Kat kolam air panas bukan mandi pon. Rendam kaki je. Tapi malam tu mmg xlarat sungguh mmg dah start demam dah. Balik2 zzzzzz dah x ingat ape dah. 

Dah sambung lain kali. Byeeee
 




Thursday, February 2, 2017

Hiking Gunung Baling & Pulai - Intro

Hai.
Lama tak aku berehat? Haa tak sampai 2 tahun kan. Hahaha

Ok kali ni aku nak cerita pasal trip hiking kat Baling, Kedah haritu. Aku hiking 2 gunung tau. Gunung baling n gunung pulai. Aku pon tak tau celah mana aku dapat semangat nak hiking 2 gunung tu. Dah la tak pernah panjat gunung, bukit tu ade la. Tu pon bukit gasing belakang umah. Hek elehhhh ape barang bukit gasing. Tapi kat bukit gasing tu laaa aku sesat. Haha. Ok yg tu nanti aku cite lain. Fokus kat baling ok.

Aku pegi dgn geng2 coursemate aku (sumber mineral) plus exhousemate aku. Sebab? Geng2 sumber yg join semua lelaki (wey,khuzer,kacak,mamu,shahrul) so aku mcm xselesa kalo aku sorang je perempuan so aku ajak la exhousemate aku ni (ziera). Die pon mmg minat hiking2 ni. Kira hikers kental la. Haha. Then ade sorang member school kimia (hazmil) n housemate mamu (din).

Mula2 nak pegi tu dah ade drama you. Ziera macam xjadi pegi pulak. Hmm cemana ni. Kalo ziera xjadi automatik aku pon xjadi la. Time tu wey dah book homestay dah. Terpaksa cancel. Pastu tetiba ziera jadi pulakkk. Haa cemana homestay yg dah cancel tu? Sebab wey dah cancel so aku pulak yg book under nama aku. Nasib baik still available lagii. So settle bab xjadi pegi n homestay.

Settle satu bab datang pulak lagi satu. Hahaha. Rupanya homestay tu kitorg book utk 1 malam je. Budak laki mmg book 1 malam sbb cadangnya malam 1st nak tido rumah mamu kat penang kira pagi nak hiking tu gerak g baling. Malam yg next tu baru duk homestay. Sbb dah mmg ade kat baling n prepare utk hiking pulai pulak. Yg kami dak pompuan ni terpaksa lah book hotel 1 malam sbb homestay tu dah full utk hari yg kitorg nak. Xpelaa asalkan tak duk merempat kann.

Sabtu 10/12/2016

Hari bertolak ke baling. Geng dari central aku, ziera n khuzer. Shahrul n wey g johor dulu ade kenduri kawin so diorg gerak asing. Geng utara mamu n hazmil. Manakala kacak geng timur solo gerak keesokan hari so die join hiking pulai je. Din housemate mamu pon join pulai je.

Terserempak dgn akak aku mase tgh cuci kereta sebelum gerak ke baling. Ape lagi aku pon pau die air kelapa satu :p

Nak dijadikan cerita, trip ni jatuh pada cuti panjang. Isnin selasa pon cuti so total 4 hari. Maka jam lah plus highway tu dgn kenderaan yg nak balik kampung. Masalahnya nak berehat kat rnr pon ramai orang. Nak menunggu parking tu berapa jam. Last2 kitorg parking tepi jalan n pegi solat dan beli makanan buat alas perut je. Then teruskan perjalanan. Guess what time did we arrive? Dari pukul 2 ptg sampai pukul 11 malam!! 9 jammm. Itu pon sampai parit buntar je! Mmg xsenang duduk la dlm keta tu sepanjang jalan.

Sampai2 parit buntar terus cari makan dulu. Lapar wehh. Kitorang makan kat omaq char kuey tiaw. Lama xmakan kat sana. Last masa belajar la.  Mmg nostalgia sgt bile masuk pekan parit buntar. Tempat jatuh lagikan dikenang kann. Bile lalu depan usm die punya feel tuu. Rasa nak belajar balik je. Malas nak fikir pasal kerja. Pasal kerenah orang2 kat ofis tu. Pasal masalah org2 dewasa. Tetiba rasa sekejap je masa berlalu. Haihh

Haaa ade 1 lg masalah. Sekarang ni kitorg baru sampai parit buntar dan jam menunjukkan pukul11.45 malam. Kau berani ke nak drive dr parit buntar ke baling yg mengambil masa 2 jam tu? Dengan jalan ke baling yg gelap tu? Haaa jeng jeng jeng. Makanya kami geng pompuan ni pon terpaksa laa cari 1 hotel bajet area usm sebab tak berani laa ape lagi. Haha. Dapat satu kat taman pekaka area usm. Sebab kami nak stay dalam 4 jam je kami amek yg rate per hour. So 4 jam rm40 utk 2 orang. Oklah tu murahh. Maka burnlah deposit rm50 utk hotel yg kitorg dah book kat baling tu T.T

Ade kisah disebalik hotel bajet yg kitorg stay kat pekaka tu. Tapi takpelah biar aku n ziera je yg tau. Tak tau mcm mana nak describe rasa bila duduk bilik tu. Nasiblahh 4 jam jee *smiley gelak  nangis

Eh dah macam bukan cerita hiking je ni. Haa kalo camtu aku cerita next entry lah. Panjang sgt dah ni. Padahal dah malas. Haha

Teaser :p
Pandang mana tuuu memasing >.<