.


Thursday, November 24, 2016

Furriend Update Part 2

Assalamualaikum.

Alhamdulillah masih bernyawa lagi blog ni. *perli diri sendiri

Previous entry is here

So sekarang ni kucing yg yang tinggal chemol and gary je. Aku rase masa ni tahun 2013. Gary and chemol pon mmg kamceng la sampai bole tido sekali. 


Suke duduk dalam tong sampah


Muka mintak penyepak makan


Muka annoying


Bersama abang chemol

TAPI. *ni mmg ayat feveret aku
Ade kejadian yg tak diingini berlaku. Satu hari dalam tahun 2014 mase kitorang tgh bersenang lenang di hari minggu ayah aku balik rumah dgn membawa berita sedih ;( Jumaat sebelum tu DBKL datang tangkap semua kucing2 yg berkeliaran kat area rumah aku. Patutlah gary n chemol tak balik2. Ingatkan takde pape sebab 2 hari tak balik tu kira normal je. Rupanya dorang pon kena tangkap jugak. Sedihnyaaa mase tu. Masalahnye yg DBKL pon nak tangkap dorang kenapa. Dorang pakai loceng tau. Kalau ada loceng tu maksudnya kucing tu bertuan la kan. Aku punyalah semangat sampai pegi kat Pusat Kembiri Haiwan kat Jalan Air Panas, Setapak sebab aku try google dorang cakap kucing yg ditangkap oleh DBKL akan dihantar ke situ sebelum dilupuskan dalam masa 2 minggu. DILUPUSKAN tau. Memang macam2 aku fikir mase tu. Takut tak sempat selamatkan dorang la. 

Bila aku sampai sana aku tanye la staff kat situ ade lagi tak kucing yg kena tangkap seminggu lepas. Die cakap ade lagi and aku pon cari la kat cage banyak2 kat belah belakang. Cari punya cari tapi gary n chemol takde T_T. Staff kat situ cakap kalau takde tu maksudnye dah ade orang adopt atau NGO dah ambil dan bawak kat dorang punya shelter sendiri. Mase tu aku memang sedih sangat sebab dah tak dapat jumpa dgn gary n chemol lagi. Aku harap sangat dorang tak dilupuskan dan ade shelter yang amek dorang. Semoga mereka sentiasa sihat di mana mereka berada. Dan sejak dari peristiwa tu, kucing2 aku selepas tu semua aku takkan benarkan dorang keluar dari rumah. Duduk je dalam rumah. Cuma sekali sekala je aku bawak dorang keluar pegi Taman Jaya ke sekadar tak nak bagi dorang rasa bosan dan terkurung. Sape kucing aku lepas gary dan chemol? Next entry aku cerita. Till then, babai.

Assalamualaikum.



No comments: