.


Thursday, November 24, 2016

Furriend Update Part 1

Assalamualaikum.
Hai semua! Tgh buat ape tuuu? Aku kat rumah sewa kat banting nii. Tak tau nak buat ape. Tadi lepas balik keje aku g merayap kat Giant Banting jap dgn partner in crime aku, Cik Hanie. Sekarang ni aku kalo nak g merayap ajak die je sbb membe ofis aku lg sorang Cik Nada dah jadi Puan Nada. So takleh nak merayap sgt dah. Setakat keluar lunch masa keje je boleh. Jadinye Cik Hanie kite ni la yg rajin melayan kaki jalan aku ni. Lagipon kitorang je GSA kat ofis tu. Geng Single & Available. Kahkahkah
Eh aku nak cite pasal kucing aku la. Jgn melalut. Ok sebelum ni aku penah cite pasal chemol dan comel kan. Lepas diorang berdua ni ade lagi sekor penambahan which is Garyyyy Oppa. Hehe actually Gary je tapi ayin selalu panggil die Gary Oppa sbb cite Runningman kan ade watak Gary. Gary ni pon stray cat sama mcm comel (chemol bukan sbb die lahir kat rumah aku). Jumpa kat depan lif masa tu takde air. Orang tgh sibuk mangangkut air naik lif die pon nak menyibuk kat situ so die asek kena sepak je kat situ. Ape lagi aku pon terus mewujudkan rescue team dan menyuruh najwa (adek aku) kidnap si gary ni bawak balik rumah. NAIK TANGGA. Yela dah lif penuh dgn org nak mengangkut air kan. Haha kesian najwa terpaksa menjadi exco tangga. Dan gary pon hidup bahagia di samping aku. Hahaha >.<

Ni die si Gary Oppa.

TAPI. Ade kisah sedih plak. Rasenye dlm 2 or 3 bulan gary duk rumah aku comel sakit. Aku pon tak sure sakit ape sbb tibe2 die macam jadi kurus sgt dan tak lalu makan. Duk diamm je. Mase tu pulak aku ni jahil lg bab2 nak hantar kucing ke vet ni. Sampai satu tahap die punya bulu gugur n die selsema yg sgt teruk sampai bersin keluar darah. Aku rase die kena virus kucing la sbb tak lama lepas tu chemol pulak kena. Dan paling sedih sekali ayah aku tak bagi dorang duk dalam rumah sebab tu. Mase tu aku sedih gila tapi tak boleh nak buat ape2. Dan akhirnya comel mati. Masa tu 1 Syawal aku ingat lagi. Chemol pulak lepas je comel mati die macam beransur sembuh. Dan lepas tu dah ok balik macam biasa. Mmg punca dia kat comel kot. Takpelah biarlah comel tenang di sana. Tak sakit dah :)

No comments: