.


Friday, February 3, 2017

Hiking Gunung Baling & Pulai - Gunung Baling

Assalamualaikum.

Ok sambung part 2 pulak.

Ahad 11/12/2016

Kitorg bangun kul 3.30 pagi dan bersiap. Plus minus termenung jap pastu tido balik semua tu dlm 4.30 kitorg pon check out la dari hotel yg meng****kan tu. Pagi2 aku dah start sakit tekak. Ni mesti aircond kuat sgt. Nak kurangkan xreti (remote pon xde -.-) so bertabahla tido mcm udang.

Lepastu kitorg singgah 7e beli keperluan nak bawak naik gunung baling. Keperluan la sgt air n makanan je la ponn. Then kitorg gerak g penang sbb nak amek mamu di rumahnya. Harapan la nak tgk sunrise kat puncak baling. Nak dekat pkul5 still kat penang. Dah tu ade hati lg nak breakfast dulu. Hahaha. Ape2 jela weyhh. Kitorg ikut jee.


Breakfast duluan

Dlm 7 lebih rasenye sampai baling. Terus pegi tempat nak start hike n terus start. Mase tu mmg dah lepas sunrise dah. Mmg harapan tinggal harapan la. Haha. Tapi xpe kita teruskan aja perjalanan.


Masa nk mula hiking. Muka hepi je. Ko tgk la nanti hepi lg ke tak. Haha


Ni mase 10 minit pertama. Mane aku nii? Tuuuu yg belakang sekali. Hahaha
Baru start hiking dah termengah dah aku tsskk. Alangkah bestnye kalau ade stick masa ni :P


Masa kitorang hiking ni dah mendung dah. Jap lagi hujan la ni.


Ha tengok! Kasut masing2 dah start kotor dah. Tapi kenapa seluar aku sampai camtu ha. Hahaha



Sempat lagi posing masing2. Haha

Aku x ingat bila tapi sampai je kat satu batu besar ni hujan start makin lebat. So kitorang pon stop jap utk berehat sambil makan pisang. Lama jugak duk situ sebab hujan xbhenti2. Lagipon kat batu tu macam tengah traffic jam sebab kena lalu bawah batu tu utk naik atas. Bila hujan macam x menunjukkan tanda utk berhenti kitorg sambung jela hiking. Kat batu tu sorang2 lalu sbb laluan die mcm sempit muat utk sorang je utk satu masa. Masa ni xde gambar sbb hujan sila selamatkan gajet masing2. N orang tgh sibuk cari jalan nak naik xde masa nak posing2 ni. Haha

Setelah melalui pelbagai liku2 onak dan duri maka kami pon sampai la puncak gunung baling. Masa yg diambil ialah 4 jam. Ikut pace aku. Haha. Kesian kat diorang sbb kena ikut pace aku. Kalo tak ni 2 jam dah sampai puncak kot. Tapi xkan nak tinggalkan aku pulak kan. Bersatu kita teguh bercerai kita roboh! Hahaha


Baru sampai puncak niii. Hongehh den sampai bukak spek ha :D


Penat Hazmil? :P


Sesi melepaskan penat masing2 sebelum bergambar.


Kalo ikutkan dari sini boleh nampak gunung pulai tapi nan hadooo sbb hujan n berkabus atas ni.


Ok dah boleh bergambar dah.


Lebar senyum masing2 haha


Selfie sikit :P


Kami 2 org ja geng pompuan :D

 Sebagai mengenang jasa korang aku tepek gambar sorang satu kat sini. baik tak aku? ;D


Hazwan


Ziera


Fikri (Mamu)


Khuzer


Hazmil


Aku n Ziera. Kesian aku xde gambar sorang. Aku baru perasan T_T


Ape tah yg dibincangkan masa ni


KAMI


Aku xtau la nape aku xde gambar shahrul sorang. Sori shahrul. Haha

Ehhh cerita xhabis lagi tauu. Masa turun la paling banyak drama swasta. Mula2 kitorg ingat turun ok jela tapi rupanya hujan tadi telah menyebabkan track nak turun hilang bersama2 dgn harapanku T_T

Sekali lagi jammed kat tempat yg track hilang tu. Masa tu rasenye dah lebih separuh jalan dah. Kira lepastu dah dekat dgn kaki gunung. Tapi sebab xde jalan so kitorg kena tunggu turn sorang2 utk lalu. Dan mase tu la ade satu mamat ni die macam nak tergelincir jatuh kat gaung. Nasib baik sempat berpaut kat akar pokok. Mase tu semua dah jerit2 suruh die capai akar pokok. Memang mase tu jalan sangat licin even kasut hiking pon xleh nak grip tanah ni sbb dah berlumpur. Mase tu dah macam2 aku fikir dlm kepala ni.  Aku ni siap dah berangan akan ade heli datang selamatkan kitorg yg terkandas ni. Hahaha. Ngeng btol bile ingat balik.

Pastu ade sorang mamat ni die lead kitorg semua supaya turun sorang2 pakai tali n ikut track yg die dah buat. Shahrul pon tolong sekali. Depan kitorg ade geng uitm ke poli tah. Geng couple 3 pasang. yg pompuan pakai sneakers je hiking. Dah la hujan mmg xgrip langsung kasut die. Nasib ko la labu. Pakwe ko ade pepandai ko la. 

Alhamdulillah kitorg lepas halangan tu. Memang masa banyak habis kat situ je. Lepastu ingat tak track mase awal2 yg jalan tanah merah tu? Kitorg kena lalu track tu tapi versi licin gila. Semua mmg berpaut kat pemegang je sepanjang turun tu. Kasut masing2 mmg dah xgrip langsung. Sampai xlarat dah nak berpaut. Last2 mase lg sikit nak sampai bawah dah kitorg slide je sbb pemegang kat tepi dah xde. Pakai tali pulak. Slide sambil pegang tali. 

Yeayyyy dah sampai kaki gunung baling dgn selamat. Alhamdulillah. Sampai2 bawah terus cari air sejuk. Nasib tepi jalan ade makcik jual air manis n sejuk. Minum2 pastu terus menuju ke homestay utk check in. Lambat jugak kitorg check in dah petang dah mase tu. Masuk2 bilik mandi tukar baju n terus keluar balik cari makan pulak. Lapaqqq dari pagi xmakan. Makan roti n pisang separuh je tauu. 

Habis makan aku n ziera pg pekan baling jap cari barang sikit. X ingat la the store ke billion yg kitorg pegi. Singgah farmasi beli yoko2 n fishermans friend. Pastu balik homestay bergolek atas katil sambil borak2. Nak tido xleh. Karang terlajak sbb malam tu nak g kolam air panas ulu legong. Berjaya jugak la xtido. Kat kolam air panas bukan mandi pon. Rendam kaki je. Tapi malam tu mmg xlarat sungguh mmg dah start demam dah. Balik2 zzzzzz dah x ingat ape dah. 

Dah sambung lain kali. Byeeee
 




Thursday, February 2, 2017

Hiking Gunung Baling & Pulai - Intro

Hai.
Lama tak aku berehat? Haa tak sampai 2 tahun kan. Hahaha

Ok kali ni aku nak cerita pasal trip hiking kat Baling, Kedah haritu. Aku hiking 2 gunung tau. Gunung baling n gunung pulai. Aku pon tak tau celah mana aku dapat semangat nak hiking 2 gunung tu. Dah la tak pernah panjat gunung, bukit tu ade la. Tu pon bukit gasing belakang umah. Hek elehhhh ape barang bukit gasing. Tapi kat bukit gasing tu laaa aku sesat. Haha. Ok yg tu nanti aku cite lain. Fokus kat baling ok.

Aku pegi dgn geng2 coursemate aku (sumber mineral) plus exhousemate aku. Sebab? Geng2 sumber yg join semua lelaki (wey,khuzer,kacak,mamu,shahrul) so aku mcm xselesa kalo aku sorang je perempuan so aku ajak la exhousemate aku ni (ziera). Die pon mmg minat hiking2 ni. Kira hikers kental la. Haha. Then ade sorang member school kimia (hazmil) n housemate mamu (din).

Mula2 nak pegi tu dah ade drama you. Ziera macam xjadi pegi pulak. Hmm cemana ni. Kalo ziera xjadi automatik aku pon xjadi la. Time tu wey dah book homestay dah. Terpaksa cancel. Pastu tetiba ziera jadi pulakkk. Haa cemana homestay yg dah cancel tu? Sebab wey dah cancel so aku pulak yg book under nama aku. Nasib baik still available lagii. So settle bab xjadi pegi n homestay.

Settle satu bab datang pulak lagi satu. Hahaha. Rupanya homestay tu kitorg book utk 1 malam je. Budak laki mmg book 1 malam sbb cadangnya malam 1st nak tido rumah mamu kat penang kira pagi nak hiking tu gerak g baling. Malam yg next tu baru duk homestay. Sbb dah mmg ade kat baling n prepare utk hiking pulai pulak. Yg kami dak pompuan ni terpaksa lah book hotel 1 malam sbb homestay tu dah full utk hari yg kitorg nak. Xpelaa asalkan tak duk merempat kann.

Sabtu 10/12/2016

Hari bertolak ke baling. Geng dari central aku, ziera n khuzer. Shahrul n wey g johor dulu ade kenduri kawin so diorg gerak asing. Geng utara mamu n hazmil. Manakala kacak geng timur solo gerak keesokan hari so die join hiking pulai je. Din housemate mamu pon join pulai je.

Terserempak dgn akak aku mase tgh cuci kereta sebelum gerak ke baling. Ape lagi aku pon pau die air kelapa satu :p

Nak dijadikan cerita, trip ni jatuh pada cuti panjang. Isnin selasa pon cuti so total 4 hari. Maka jam lah plus highway tu dgn kenderaan yg nak balik kampung. Masalahnya nak berehat kat rnr pon ramai orang. Nak menunggu parking tu berapa jam. Last2 kitorg parking tepi jalan n pegi solat dan beli makanan buat alas perut je. Then teruskan perjalanan. Guess what time did we arrive? Dari pukul 2 ptg sampai pukul 11 malam!! 9 jammm. Itu pon sampai parit buntar je! Mmg xsenang duduk la dlm keta tu sepanjang jalan.

Sampai2 parit buntar terus cari makan dulu. Lapar wehh. Kitorang makan kat omaq char kuey tiaw. Lama xmakan kat sana. Last masa belajar la.  Mmg nostalgia sgt bile masuk pekan parit buntar. Tempat jatuh lagikan dikenang kann. Bile lalu depan usm die punya feel tuu. Rasa nak belajar balik je. Malas nak fikir pasal kerja. Pasal kerenah orang2 kat ofis tu. Pasal masalah org2 dewasa. Tetiba rasa sekejap je masa berlalu. Haihh

Haaa ade 1 lg masalah. Sekarang ni kitorg baru sampai parit buntar dan jam menunjukkan pukul11.45 malam. Kau berani ke nak drive dr parit buntar ke baling yg mengambil masa 2 jam tu? Dengan jalan ke baling yg gelap tu? Haaa jeng jeng jeng. Makanya kami geng pompuan ni pon terpaksa laa cari 1 hotel bajet area usm sebab tak berani laa ape lagi. Haha. Dapat satu kat taman pekaka area usm. Sebab kami nak stay dalam 4 jam je kami amek yg rate per hour. So 4 jam rm40 utk 2 orang. Oklah tu murahh. Maka burnlah deposit rm50 utk hotel yg kitorg dah book kat baling tu T.T

Ade kisah disebalik hotel bajet yg kitorg stay kat pekaka tu. Tapi takpelah biar aku n ziera je yg tau. Tak tau mcm mana nak describe rasa bila duduk bilik tu. Nasiblahh 4 jam jee *smiley gelak  nangis

Eh dah macam bukan cerita hiking je ni. Haa kalo camtu aku cerita next entry lah. Panjang sgt dah ni. Padahal dah malas. Haha

Teaser :p
Pandang mana tuuu memasing >.<




Thursday, November 24, 2016

Furriend Update Part 2

Assalamualaikum.

Alhamdulillah masih bernyawa lagi blog ni. *perli diri sendiri

Previous entry is here

So sekarang ni kucing yg yang tinggal chemol and gary je. Aku rase masa ni tahun 2013. Gary and chemol pon mmg kamceng la sampai bole tido sekali. 


Suke duduk dalam tong sampah


Muka mintak penyepak makan


Muka annoying


Bersama abang chemol

TAPI. *ni mmg ayat feveret aku
Ade kejadian yg tak diingini berlaku. Satu hari dalam tahun 2014 mase kitorang tgh bersenang lenang di hari minggu ayah aku balik rumah dgn membawa berita sedih ;( Jumaat sebelum tu DBKL datang tangkap semua kucing2 yg berkeliaran kat area rumah aku. Patutlah gary n chemol tak balik2. Ingatkan takde pape sebab 2 hari tak balik tu kira normal je. Rupanya dorang pon kena tangkap jugak. Sedihnyaaa mase tu. Masalahnye yg DBKL pon nak tangkap dorang kenapa. Dorang pakai loceng tau. Kalau ada loceng tu maksudnya kucing tu bertuan la kan. Aku punyalah semangat sampai pegi kat Pusat Kembiri Haiwan kat Jalan Air Panas, Setapak sebab aku try google dorang cakap kucing yg ditangkap oleh DBKL akan dihantar ke situ sebelum dilupuskan dalam masa 2 minggu. DILUPUSKAN tau. Memang macam2 aku fikir mase tu. Takut tak sempat selamatkan dorang la. 

Bila aku sampai sana aku tanye la staff kat situ ade lagi tak kucing yg kena tangkap seminggu lepas. Die cakap ade lagi and aku pon cari la kat cage banyak2 kat belah belakang. Cari punya cari tapi gary n chemol takde T_T. Staff kat situ cakap kalau takde tu maksudnye dah ade orang adopt atau NGO dah ambil dan bawak kat dorang punya shelter sendiri. Mase tu aku memang sedih sangat sebab dah tak dapat jumpa dgn gary n chemol lagi. Aku harap sangat dorang tak dilupuskan dan ade shelter yang amek dorang. Semoga mereka sentiasa sihat di mana mereka berada. Dan sejak dari peristiwa tu, kucing2 aku selepas tu semua aku takkan benarkan dorang keluar dari rumah. Duduk je dalam rumah. Cuma sekali sekala je aku bawak dorang keluar pegi Taman Jaya ke sekadar tak nak bagi dorang rasa bosan dan terkurung. Sape kucing aku lepas gary dan chemol? Next entry aku cerita. Till then, babai.

Assalamualaikum.



Furriend Update Part 1

Assalamualaikum.
Hai semua! Tgh buat ape tuuu? Aku kat rumah sewa kat banting nii. Tak tau nak buat ape. Tadi lepas balik keje aku g merayap kat Giant Banting jap dgn partner in crime aku, Cik Hanie. Sekarang ni aku kalo nak g merayap ajak die je sbb membe ofis aku lg sorang Cik Nada dah jadi Puan Nada. So takleh nak merayap sgt dah. Setakat keluar lunch masa keje je boleh. Jadinye Cik Hanie kite ni la yg rajin melayan kaki jalan aku ni. Lagipon kitorang je GSA kat ofis tu. Geng Single & Available. Kahkahkah
Eh aku nak cite pasal kucing aku la. Jgn melalut. Ok sebelum ni aku penah cite pasal chemol dan comel kan. Lepas diorang berdua ni ade lagi sekor penambahan which is Garyyyy Oppa. Hehe actually Gary je tapi ayin selalu panggil die Gary Oppa sbb cite Runningman kan ade watak Gary. Gary ni pon stray cat sama mcm comel (chemol bukan sbb die lahir kat rumah aku). Jumpa kat depan lif masa tu takde air. Orang tgh sibuk mangangkut air naik lif die pon nak menyibuk kat situ so die asek kena sepak je kat situ. Ape lagi aku pon terus mewujudkan rescue team dan menyuruh najwa (adek aku) kidnap si gary ni bawak balik rumah. NAIK TANGGA. Yela dah lif penuh dgn org nak mengangkut air kan. Haha kesian najwa terpaksa menjadi exco tangga. Dan gary pon hidup bahagia di samping aku. Hahaha >.<

Ni die si Gary Oppa.

TAPI. Ade kisah sedih plak. Rasenye dlm 2 or 3 bulan gary duk rumah aku comel sakit. Aku pon tak sure sakit ape sbb tibe2 die macam jadi kurus sgt dan tak lalu makan. Duk diamm je. Mase tu pulak aku ni jahil lg bab2 nak hantar kucing ke vet ni. Sampai satu tahap die punya bulu gugur n die selsema yg sgt teruk sampai bersin keluar darah. Aku rase die kena virus kucing la sbb tak lama lepas tu chemol pulak kena. Dan paling sedih sekali ayah aku tak bagi dorang duk dalam rumah sebab tu. Mase tu aku sedih gila tapi tak boleh nak buat ape2. Dan akhirnya comel mati. Masa tu 1 Syawal aku ingat lagi. Chemol pulak lepas je comel mati die macam beransur sembuh. Dan lepas tu dah ok balik macam biasa. Mmg punca dia kat comel kot. Takpelah biarlah comel tenang di sana. Tak sakit dah :)

Tuesday, October 25, 2016

Kerja dan Kerjaya

Assalamualaikum

Hmmmm. Tetiba rase awkward nak post dlm blog sendiri. Eheheh. Ampunkan hamba penunggu gua. Ampunkan hamba penunggu..err..maksud aku pembaca blogku yg setia. Aku pon tak tau la ape yg busy sgt sampai tak terupdate blog ni. Eh. Macam kenal je alasan ni. Hehe. Aku rase la mungkin blog ni tak diupdate sebab adanya media sosial seperti facebook, instagram, twitter, wechat dan sebagainya. Semua info pon bole dapat dari sana je. Btol tak? Hehe

Sooo begitulah mukadimahnye. Eh baru mukadimah rupenye. Rase mcm dah berjela dah aku taip. Ok back to the main subject. So sekarang ni aku kerja kat Lion Tin Sdn Bnd. Sebagai mine planning engineer. Dari lepas grad lagi mmg tak pernah tukar kerja. 4 tahun dah. Lame ke? Ntah. Member2 aku mostly dah 2,3 kali tukar kerja. Aku je yg tetap setia dgn lion ni. Setia la sangat! Sebab aku dah ade dalam comfort zone? Takdelah. Banyak je kerja yg memeningkan kepala. Yg bole dibuat dgn mudah tapi sebab aku punya superior semua geng2 otai yg masih berbisa (baca: tua) yg lebih suka melakukan kerja menggunakan kaedah konvensional atau manual, so akulah yg menjadi mangsa. Alasannye 'you are the only one who know how to do this method in Malaysia'. Puii la. Mula2 aku excited la. Yela kerjaya pertama aku. Lama2, aku rase nak muntah bile dengar. Bukan sebab tak suka dgn kerja tu. Tapi sebab aku sorang je. SORANG. Yg kena buat semua kerja tu. Dan semua kerja tu kena siap cepat. Dgn ade si kaki adu lagi. So takdenye comfort zone di situ.

Hmm. Tak tau lah bile boleh tukar kerja. Kadang2 aku sampai fikir nak keluar bidang je. Keje macam kakak aku ke. Ape2 lah asalkan bukan kat situ. Dah susah sgt nak dapatkan kerja dlm bidang kan. Nak kata aku memilih kerja? Mungkin. Sebab kalo boleh aku nak cari kerja yg dekat dgn family aku, which is in KL or Selangor. Kenapa? Sbb bile aku dah kerja ni aku baru dapat merasa hidup dgn family aku. Bayangkan dari form 1 aku duk asrama sampai form 5. Pastu masuk matrik asrama lg. Masuk usm asrama lagi. Aku palapes pulak tu, mmg jarang la dapat balik cuti sem. Sebab tu aku nak duduk dgn family. Unless kalo aku dah kawin baru bole duk luar KL. Yela dah kawin kena lah duk dgn suami kan. Hehe.

Tapi aku kawin pon tak fikir lg sebab aku rase tak puas lg hidup single. Best kot. Bole buat macam2 aktiviti tanpa mintak permission dari siapa2 (kecuali parents, and my parents are super sporting). Tanpa rasa terkongkong. Aku paling tak suka org kongkong aku selain mak bapak aku. Ko bukan mak bapak aku, ko bukan suami aku kot. Btol tak? Kannn. Eh sendiri yg jawab pulak.

Oklah. Macam dah lari dari tajuk sikit. Hehe. Layanlah korang entry tak berapa panjang tapi tak bergambar ni. Alaa kasi can la kan. Dah 2 tahun tak up entry kot. Haha :p

Salam.

Tuesday, March 11, 2014

After TEN years!!


Assalamualaikum.
susah betul nak update blog ni. nak kate busy xdelah sangat. ape tah yang aku buat sampai xboleh nak update pon aku xtau. 
tapi pape pon, here i am!!
hehe

kali ni nak cerita pasal kawan sekolah aku mase form1 sampai form3. 
kalo nak tau aku ade 2 sekolah mase sekolah menengah. 
f1-f3 sekolah kat smk bandar tasik selatan (bts). 
ala yang dekat mrr2 tu. kat cheras masuk dalam sikit je pastu nampak dah.
pastu f4-f5 aku sekolah kat smk agama kuala lumpur (smakl) kat kepong. 

skrg ni aku tgh cite pasal kawan sekolah bts.
lepas form 3 kitorang tak jumpe langsung.
except yang rapat2 tu pon last jumpe mase matrik tahun 2007. 
kirenye first reunion kitorang beramai2 ni selepas 10 tahun!!
tu pon dekat wedding sbb tu je masa untuk berkumpul. yela semua dah ade komitmen masing2 kan. 

eh? kenapa semua pindah sekolah mase lepas form 3?? assabiyah sangat nampaknye sampai semua pindah serentak. 
tak tak. sebenarnye kat bts tu kitorang duduk asrama. satu batch ade satu kelas je. 
and kitorang adalah pioneer untuk aspuri bts. 
kalo nak diikutkan ape yang diberitahu aspuri tu sampai form 3 je. atas alasan bangunan asrama dah penuh. sebab tu lah lepas form 3 masing2 ambik haluan masing2. 
tapi bile kitorang dah klua dapat tahu junior2 boleh sampai form 5. mane dorang sumbat budak2 tu pon aku xtau. 
tapi xpe lah. ramai sikit kawan aku ade 2 sekolah ni. kekeke

so kirenye after ten years kitorang pon berjumpa kembali lah. kire reunion la ni. 
first reunion mase kenduri syamin. mase ni xramai sangat datang. dlm 10 org. 
next kenduri faezzah. ni pon xramai sbb mase ni xde contact yg lain. 
yg paling ramai mase kenduri kawin anis.
lebih separuh kelas datang. 
rase seronok gile sampai kitorang sempat amek gambar kelas selepas 10 tahun. 
hehe

ok scroll down for pictures okayh
heeee

kenduri syamin. 


kenduri faezzah. 


ni time kenduri anis. ni lag gambar kelas kitorang paling latest! hehe
mase ni dah la panas terik pastu kitorang menghadap khemah pulak tu.
org tengah makan.
dah mcm berdrama pulak. 
ape aku peduli kan. 
muahahaha

ok lah. that's all. 
till we meet again in the next post! 
which is not too soon la. don't expect too much from me. 
hehe. 
bye. 
assalamualaikum.

Monday, November 25, 2013

Wedding Zafirah :)

Assalamualaikum!
Last sunday is zaf's wedding day. Happy wedding day Zaf !! May all the happiness be with both of you. Semoga kekal hingga ke syurga dan dikurniakan cahaya mata yg comel. ^^
Also, hari tu kire cam mini reunion la utk kitorang dak sumber mineral batch 08-12. Tapi tak semua yg datang. Pompuan yg datang saye, amni, nana, shazie n faz. Dak laki ramai gak. Malas nak taip. Hehe. Tgk la kat gamba nt ye. 

Hari tu mmg penat gile. Sepatutnye isnin tu keje. N mmg sy g keje pon cam bese. Tapi bile sampai ofis je ttbe rase sejuk gile. Mmg xtahan la. Last2 amek half day mc. Tengahari tu chow balik kl. Selasa still mc n sampai skrg x elok2 lagi. Ape ke hal nye ntah. Tapi pg jela keje cam bese. Nanti bos ckp mengada2 plak. Kikiki~

Anywayyy that's my last sunday activity. Next sunday pulak ade TM Malaysia Fan Run kat putrajaya. Gigih sgt aku ni berjalan time weekend. Pastu isnin mc. Muahahaha. Mintak2 isnin depan tak mc lah kan. Aaminnnn. 

Haa tgk la gamba kat bawah tu. Dua je pon. Hehe. Eh cemana nak letak gamba ikut suke kite eh? Dari tadi aku try xboleh2. Last2 kat bawah je yg boleh. Lantak la labu. Bye. Assalamualaikum